Selogismenya bahawa mahasiswa bukanlah dikategorikan sebagai kanak-kanak hingusan bahkan mahasiswa merupakan tunjang kepada kemajuan sesebuah negara. Mengimbas kembali detik-detik Pogram Kutub Sittah yang cuba dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) adalah wajar dan dituntut kepada semua ahli PMRAM memboikot konvo yang bakal dianjurkan tidak lama lagi.
Tindakan Pengarah JPMK membatalkan Pogram Kutub Sittah yang sepatutnya berlansung di ACC adalah satu alasan yang tidak munasabah apabila PMRAM difitnah sebagai ejen parti pembangkang Malaysia. Tidak ada sebarang alasan yang diterima akal mengapa JPMK mesti bertindak untuk membatalkan Pogram Kutub Sittah. Ekoran dari isu tersebut ,maka DESAK ditubuhkan.
JPMK tidak ada hak menganggu urusan aktiviti PMRAM. Tindakan mengupah pekerja arab mesir dengan menggunakan kenderaan berflat diplomasi untuk mencabut sepanduk bantahan DESAK adalah satu perancangan kotor dan dalam masa yang sama memberi imej buruk kepada JPMK itu sendiri.
Bukanlah satu perkara yang baru JPMK menyusahkan urusan aktiviti PMRAM ,bahkan sejak 1991 PMRAM seringkali di hentam oleh JPMK dan acapkali dilabel bersekongkol dengan pembangkang kerajaan. Kita perlu bangkit mempertahankan hak kita.Pihak JPMK masih tidak melunaskan 3 perkara yang dituntut oleh PMRAM iaitu :
1- Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.
2- Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kutub Sittah.
3- Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.
Selagi 3 tuntutan itu tidak dilaksanakan , kita perlu memboikot pogram yang dianjurkan oleh JPMK. Sekiranya kita tidak mengendahkan hak kita terhadap PMRAM, bermakna kita dayus sebagai ahli serta mengabaikan pengorbanan dalam mempertahankan PMRAM. Maka rentetan dari isu yang dibangkitkan, penulis menyeru kepada sahabat-sahabat untuk mengecualikan diri dari menyertai Majlis Konvokesyen yang bakal dianjurkan oleh JPMK tidak lama lagi.
Dimanakah sensitiviti kita selaku ahli PMRAM? Dimanakah sensitiviti kita apabila PMRAM dituduh sebagai ejen pembangkang kerajaan? Dimanakah sensitiviti kita apabila JPMK seringkali menyusahkan ahli PMRAM? Dimana? Dimana? Dimana?
Kembalikan hak kami!
No comments:
Post a Comment