Sunday, October 17, 2010

Siapa JPMK dalam soal keselamatan mahasiswa!!!

Minggu ini kita dipanaskan lagi dengan isu sebuah agensi perubatan di cawangan Tanta yang ingin menubuhkan Academic Center (AC). Antara alasan yang diberikan oleh agensi ini adalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan pelajar-pelajar yang di bawah pengelolaannya.

Alasan ini tidak kukuh sebenarnya. Dari sudut kemampuan agensi ini untuk mengambil peduli soal keselamatan pelajar-pelajar mereka cukup lemah. Ini kerana mereka hanya mampu mengawalnya di kawasan premis mereka sahaja. Namun terbatas jika soal keselamatan itu berkait dengan masalah di luar premis mereka.

Selain daripada Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), yang diberi kelayakan untuk berurusan dengan pihak keselamatan Mesir di Tanta, pihak Perubatan Cawangan Tanta (PCT) juga berkelayakan. Ini kerana PCT bernaung di bawah Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir yang merupakan satu-satunya persatuan perubatan yang diiktiraf oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah (KBMK). Kewujudan Persatuan Perubatan ini juga telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan oleh pihak KBMK. Inilah sebanrnya yang menilai bidang kuasa yang tertakluk kepada PCT dengan pihak keselamatan di Tanta.

Jika berlaku apa-apa masalah keselamatan di kalangan pelajar perubatan di Tanta khususnya, maka yang lebih berautoriti untuk berurusan dengan Pihak Keselamatan Mesir adalah pihak PCT.

Ketika masalah agensi ini cuba diselesaikan oleh pihak DPMT dan PCT supaya tidak mengundang masalah berbangkit khusus berkait dengan masalah keselamatan kelak, tiba-tiba pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) pula yang menambahkan masalah. Dalam usaha pihak DPMT dan PCT untuk menidakkan kewujudan AC di Tanta, JPMK pula menyibukkan diri dengan mengeluarkan kenyataan bertulis menyokong usaha agensi tersebut.

Tindakan ini menunjukkan pihak JPMK tidak perihatin terhadap masalah keselamatan berhubung dengan agensi yang tidak diiktiraf oleh pihak keselamatan Mesir. Kenyataan bertulis berupa sokongan yang dikeluarkan oleh JPMK adalah seperti berikut :



Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Jabatan Penuntut Malaysia

21, El-A'nab St…

TAHNIAH

Kepada semua pelajar 'MedicMesir Tanta', kami ingin

Mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas inisiatif membangunkan

'Pusat Akademik'.

Kami mendoakan yang terbaik dan mengharapkan supaya

Fasiliti itu akan dimanfaatkan.

Kami menyokong penuh usaha ini.

Terima Kasih dan Selamat Sejahtera

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

10 Oktober 2010

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMK di atas terdapat beberapa persoalan daripada penulis yang memerlukan kepada respon pihak JPMK kepada semua pembaca. Persoalannya adalah:

PERTAMA : Kenyataan sokongan tersebut menggambarkan isu keselamatan tidak ada kaitan dengan usaha agensi tersebut bagi mewujudkan AC di Tanta. Ia menunjukkan pihak JPMK tidak merujuk terlebih dahulu pendirian daripada KBMK. Adakah sebarang kenyataan yang berkait dengan soal keselamatan warga negara Malaysia di Mesir dibuat oleh Pihak JPMK?

KEDUA : Adakah kenyataan ini mendapat keizinan daripada Encik Saiful selaku Pengusa Semantara KBMK jika ia dilihat sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh JPMK?

KETIGA : Benarkah dakwaan yang mengatakan Encik Zulkifli Bin Din adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan sokongan tersebut? Adakah bidang kuasa Encik Zulkifli ini sebagai Atase Pendidikan termasuk meluluskan kewujudan premis yang berfungsi sebagai AC di Mesir ini?

KEEMPAT : Jika benar kenyataan ini bersifat rasmi daripada pihak JPMK kenapa ia tidak disertakan nombor rujukan surat? Kenapa perkara surat tidak dinyatakan secara jelas? Kenapa tidak disertakan sekali siapakan orang yang bertangungjawab dalam menandatangani surat sokongan ini beserta jawatan yang ada?

KELIMA : Adakah tindakan membelakangi kuasa KBMK ini sebagai terjemahan terhadap hubungan yang tidak baik antara pihak JPMK dan KBMK semenjak kebelakangan ini?

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini penulis serahkan kepada pembaca dan JPMK untuk menjawabnya.

No comments:

Post a Comment