Salah satu kutipan yang paling berharga dalam kehidupan kita untuk mematangkan diri ialah mengetahui sejarah. Pentingnya sejarah kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini.
Peristiwa 1992 tetap akan terpatri dalam sejarah PMRAM dan tidak sewenang-wenangnya di lupakan. Menuntut satu deklarasi bahawa terang lagi bersuluh hak PMRAM dirampas oleh pihak JPMK yang tidak bertanggungjwab. Tahun 1992 merupakan tahun PMRAM diusir dari Asrama Rumah Melayu (ARMA) yang merupakan tempat penyatuan ahli yang menuntut di bumi Mesir. Sehingga kini PMRAM masih belum memiliki Anjung Arma yang merupakan Pejabat PMRAM.
Penulis yakin ,InsyaAllah suatu hari pastinya hak PMRAM di ARMA akan digenggam semula. Maka penulis menyeru kepada pihak JPMK supaya berhenti dari memutar belitkan dan tidak perlu menokok tambah fakta sejarah PMRAM. Dokumen-dokumen masih tersimpan rapi untuk diperlihatkan generasi baru yang akan datang. Jika mahu PMRAM boleh menyaman pihak JPMK dan Kerajaan.
Benarkah ARMA merupakan sumber kewangan JPMK? Apakah keuntungan yang diperolehi oleh JPMK? Persoalan ini tidak perlu dijawab sekiranya kita sebagai ahli yang cukup perihatin. JPMK sepatutnya memberi kemudahan kepada mahasiswa bukan menyusahkan mahasiswa. Adakah relevan BKAN-BKAN yang berdaftar di bawah JPMK dikenakan bayaran sekiranya hendak menggunakan dewan ARMA? Peraturan yang tidak profesional ini lebih mengundang ketidakpuasan hati mahasiswa. Di mana kelebihan BKAN-BKAN yang berdaftar di bawah JPMK?. Pendaftaran yang tidak membawa sebarang faedah sekaligus telah dibakul sampahkan oleh pihak JPMK.
Antara sumber kewangan JPMK daripada ARMA ialah kadar bayaran sewa yang tinggi terhadap penghuni asrama. Ada di antara penghuni yang tinggal di ARMA berstatus keluarga yang kurang berkemampuan dan terpaksa berikat perut demi menampung kehidupan belajar. Pegawai JPMK dihantar ke Mesir adalah untuk mengambil peduli kebajikan mahasiswa melayu di sini. Sedia maklum bahawa pegawai JPMK yang ditugaskan untuk melicinkan gerak kerja memantau perjalanan ARMA ialah cik Zulkifli Bin Din.
Beliau pernah menghina pelajar miskin yang tinggal di ARMA. Pelajar berkenaan telah mempersoalkan mengapa ARMA disewakan kepada pelajar sedangkan ARMA ditubuhkan untuk membantu anak-anak melayu yang menuntut di bumi Mesir. Jawapan yang dilemparkan oleh pegawai ialah ,sekiranya pelajar tersebut tidak mampu membayar sewa ,tidak perlu belajar di sini. Inikah yang dinamakan kebajikan yang disumbangkan??? Jelas disini kadar bayaran yang dikenakan membentuk satu acuan peraturan komprehensif yang negatif.
Sandaran yang dituntut dari penulis ,hentikan perbodohkan mahasiswa. Penulis menyeru kematangan JPMK supaya membuka mata dan melaksanakan tugas dengan telus dan adil. Kembalikan hak PMRAM terhadap ARMA.
No comments:
Post a Comment