Friday, October 29, 2010

Sumbangan PMRAM untuk rakyat Malaysia di Mesir

Mengimbas kembali kronologi penubuhan DPM yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Al-Azhar cawangan, membuktikan bahawa kebajikan yang dijanjikan oleh PMRAM bukanlah satu retorik semata-mata. Malahan ia menunjukkan PMRAM benar-benar memaksudkan laungan “Satu Fikrah Satu Amal”.

Dewan Perwakilan Mahasiswa atau ringkasannya DPM seperti yang telah diketahui adalah merupakan organisasi pentadbiran di peringkat cawangan yang mewakili PMRAM Pusat. Tujuan penubuhannya adalah bagi memantau permasalahan yang berlaku di peringkat cawangan sama ada permasalahan tersebut berkaitan pengurusan di kuliah mahupun di luar kuliah. Tujuan lain adalah untuk memberikan kebajikan kepada mahasiswa Islam yang menuntut di Mesir.

Berikut adalah kronologi Agung penubuhan PMRAM dan DPM:-

1930 : Penubuhan Putera-putera Semenanjung.

1958 : PMM mendesak kerajaan Malaysia mewujudkan kedutaan di Mesir.

1960 : Kedutaan besar Malaysia diwujudkan hasil desakan PMM.

1971 : Pertukaran nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

1991 : Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi pertama di cawangan Al- Azhar,Iskandariah.

1992 : Menghantar mahasiswa ke cawangan Al-Azhar di Tanta, Damanhur, Shibinn El-Kom Dan mansurah.

1993 –

2009 : PMRAM mewakili Badan Kebajikan Anak Negeri (BAKAN) dalam mambantu menguruskan penghantaran pelajar-pelajar baru dari BAKAN masing-masing ke Universiti Al-Azhar cawangan. Oleh yang demikian satu lajnah khas ditubuhkan oleh PMRAM bagi memudahkan lagi proses penghantaran pelajar-pelajar baru tersebut. Maka Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) mula ditubuhkan.

2010 : PMRAM hanya menumpukan kepada perlaksanaan program Minggu Pengetahuan Silaturrahim (MPS) peringkat PMRAM sahaja. Hal ini berikutan keberjayaan usaha pihak JPMK dalam menidakkan kehadiran mahasiswa baru ke university di cawangan bermula pada tahun ini.

Kronologi yang dipaparkan diatas membuktikan kesungguhan perjuangan PMRAM bagi membantu mahasiswa tanpa membezakan ideologi atau pemikiran. Namun, alangkah sedihnya apabila terdapat beberapa pihak yang sepatutnya bersama-sama mendokong usaha murni ini telah mengkhianati agenda yang ingin dibawa oleh PMRAM. Pelbagai usaha dilakukan bagi menjatuhkan kesatuan ini sehingga sanggup menafikan hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa Malaysia walhal kewujudan mereka sebenarnya adalah terhasil daripada desakan mahasiswa sendiri.

Bersambung……..

Friday, October 22, 2010

Pengakuan Pengarah JPMK Menandatangani Surat ‘AC ‘ Medic Mesir

Susulan daripada pertemuan saya selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, Us.Sulaiman Bin Ismail dan Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta saudara Mohd Azhan Bin Hamdan bersama En.Shaiful Bin Muhammad, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. Maka, semalam bertarikh 21/10/2010 saya bersama beberapa orang ahli Dewan Perwakilan Mahasiwa Tanta sekali lagi ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk bertemu sendiri dengan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Profesor Jamil Bin Hashim bagi mendapatkan penjelasan berkaitan surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada agensi Medic Mesir.

Dalam pertemuan tersebut, kami bertanyakan kepada beliau tentang status surat tersebut, siapa yang mengeluarkan dan menandatangani surat tersebut. Profesor Jamil mengakui bahawa surat tersebut telah ditandatangani oleh beliau dan dikeluarkan oleh kerani yang bertugas pada waktu itu. Professor Jamil mengatakan bahawa surat itu bukanlah surat keizinan menubuhkan Academic Centre (AC) seperti yang telah diwar-warkan oleh agen Medic Mesir akan tetapi hanya sekadar sokongan sahaja. Dari sudut keselamatan pula, Professor Jamil menyatakan bahawa tidak ada apa-apa jaminan dan segala risiko akan ditanggung oleh agensi Medic Mesir sepenuhnya.

Meskipun begitu, saya amat kesal dengan tindakan Profesor Jamil kerana menandatangani surat tersebut dalam keadaan surat itu terdapat banyak kesalahan dan menyalahi format penulisan surat yang sebenar. Sepatutnya, selaku Pengarah JPMK yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia ke sini perlulah memainkan peranan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Apabila ditanya berkenaan kesalahan-kesalahan pada surat tersebut, beliau hanya berdiam sahaja dan mengatakan bahawa akan menyemak semula isi kandungan surat tersebut. Saya menganggap bahawa tindakan Profesor Jamil menandatangani tanpa menyemak isi kandungan merupakan satu kecuaian daripada pihak beliau sendiri. Bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dan bertaraf professional boleh melakukan kesilapan seperti ini.

Dalam masa yang sama juga, Profesor Jamil mengatakan bahawa Kementerian Pengajian TInggi, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah & Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah tidak mengiktiraf mana-mana agensi di Mesir setakat ini. Apabila tidak mengiktiraf mana-mana agensi, maka pihak JPMK tidak boleh mengeluarkan surat sokongan tersebut. Tindakan Professor Jamil ini menyalahi etika kerja sebagai seorang yang berstatus pegawai kerajaan.


Sumber artikel ini diambil daripada laman Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) :-

http://www.edpmt.org/v03/index.php

Kenyataan rasmi Pengerusi DPMT mengenai isu surat rasmi Pihak JPMK kepada Medic Mesir.

DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.

Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.

Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.

Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti JPMK ini.

Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

Sekian, terima kasih.

Oleh,

MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,

Pengerusi,

Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta

Sesi 2010

Program Penerangan Isu-Isu Semasa Serta Solat Hajat Beramai-Ramai Selamatkan Kutub Sittah.

Tuesday, October 19, 2010

JPMK + UMNO= JPMK khianat VS Kutub Sittah PMRAM.

Admin cuba sebutkan beberapa peristiwa yang belaku sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini yang melibatkan ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menjadi mangsa kepada kekejaman rejim Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang semakin mengila.


Sebenarnya perseteruan ini bukanlah perkara baru malah sejak PMRAM dilabel dan dituduh tanpa asas bukti sebagai sayap parti pembangkang di situlah episod mulanya rencana-rencana JPMK yang hampir mirip dengan musuh islam Yahudi laknatullah alaih.


Islam tidak mengajar pemusuhan. Jesteru penulisan ini bukan untuk menghidupkan api permusuhan antara kedua belah pihak. Penulisan ini bertujuan mempertahankan hak dan maruah yang sabang tahun dipermainkan oleh tangan-tangan durjana.

Bersempenan dengan penganjuran kutub sittah PMRAM tahun ini, satu perkara yang masih kuat terpahat diingat beberapa tuntutan yang masih belum dilunaskan oleh JPMK atas tindakan biadap mereka menghantar sepucuk surat kepada pihak pengurusan Al-Azhar Conference Center (ACC).

Lantaran itu banyak gangguan yang berlaku kepada pengajuran tahun lepas. maka DESAK ditubuhkan dan menuntut tiga perkara kepada JPMK:

1. Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.
2. Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kutub Sittah.
3. Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.


Selagi 3 tuntutan itu tidak dilaksanakan , kita perlu memboikot pogram yang dianjurkan oleh JPMK. Sekiranya kita tidak mengendahkan hak kita terhadap PMRAM, bermakna kita dayus sebagai ahli serta mengabaikan pengorbanan dalam mempertahankan PMRAM.


Isu gangguan JPMK terhadap program kutub sittah mendapat liputan global akhbar tempatan (Arab). Isu ini juga bergema di Dewan Parlimen. Sila merujuk pautan di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=player_embedded


Di bawah ini beberapa sikap kebinatangan yang menguris hati ramai mahasiswa telah diperlakukan oleh JPMK kepada mahasiswa Mesir:


Pegawai JPMK-UMNO mengfitnah pengerusi Tanta sesi 2009/10.


Wakil JPMK-UMNO Encik Khairi Jalaluddin mengfitnah Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran beliau ke Tanta. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa Encik Khairi Jalaluddin nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di Facebook?


Menurut status Encik Khairi Jalaluddin di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".


Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu. berita lanjut baca di sini: http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=860:kronologi-persitiwa-dpmt-dengan-pegawai-jpmk&catid=3:dpm&Itemid=65


Mesyuarat agung UMNO 2009 mengusulkan PMRAM mesti dihapus.


Rentetan dari mesyuarat agung UMNO inilah JPMK menjadi seteru kepada pelajar agama dan beberapa kaki tangan JPMK-UMNO berkerja keras sehingga hari ini aktiviti menyekat kebangkitan ummah menentang penyelewengan pemerintah sedang rancak direncanakan oleh JPMK-UMNO.


Menurut laporan malaysiakini, seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut universiti di Southampton, Britain mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.


Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.


"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.


"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.


"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.


Walaubagaimana pun Presiden PMRAM menegaskan bahawa PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan masiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.


Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.


Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik.


Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.


Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia.


Apakah Kelab Umno Mesir terlalu menikus sehingga sanggup membiarkan wakil Kelab Umno Britain untuk membawa gesaan tersebut yang jelas mencampuri urusan mahasiswa Malaysia Mesir dan amat menyimpang dari dasar kesatuan dan perpaduan yang dicanangkan oleh Umno untuk menyatukan Melayu.


Apakah mereka tidak menyedari bahawa PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir.Mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.


PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.


Kini isu pengharaman PMRAM kembali timbul pada Perhimpunan Agung Umno setelah ia pernah disensasikan suatu ketika dahulu oleh menteri yang mengawal Kementerian Penerangan pada waktu itu.


Mantan menteri Umno Zainudin Maidin pernah mengecam PMRAM secara terbuka dalam arus media perdana Malaysia beberapa tahun dahulu. PMRAM diserang bertubi-tubi dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Di antaranya PMRAM dituduh mengongkong kebebasan mahasiswa Al Azhar. Malah nama PMRAM pernah meniti di setiap mulut kepimpinan Umno sebagai sasaran kedua yang wajib djatuhkan selepas kerajaan PAS kelantan suatu ketika dahulu.


Usaha pihak pemerintah ini dikuatkan lagi dengan usaha mengutuskan pegawai bagi menjaga setiap premis rumah-rumah negeri bagi menghalang PMRAM dari bergerak aktif di kalangan anak-anak negeri. Bukan sahaja PMRAM dilarang menggunakan dewan rumah-rumah negeri malah lambang PMRAM turut dilarang untuk dipamerkan dalam sebarang iklan dan notis.


Pmram juga pernah ditohmah sebagai pertubuhan haram, pengganas dan presidennya kaki perempuan dalam siri-siri kursus persediaan untuk ke Mesir oleh Biro Tata Negara Malaysia. Apakah perlu kerajaan Malaysia membayar ribuan ringgit kepada petugas-petugas BTN hanya semata-mata untuk memburukkan PMRAM dan mengugut mahasiswa baru dari bergerak aktif bersama PMRAM di Mesir.


Selain kecaman terbuka terhadap PMRAM dan ahlinya,Ia pernah dinafikan hak untuk menggunakan sebarang premis kerajaan Malaysia di Mesir. Malah sehingga kini PMRAM masih lagi dinafikan hak memiliki pejabat dan penggunaan Rumah Melayu (sekarang Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan umum mengetahui bahawa sejarah menyatakan tanah kawasan terbinanya (DMAK) asalnya adalah kurniaan kerajaan Mesir kepada PMRAM atas kebersamaannya mendokong kerajaan Mesir menghadapi Perang Mesir -Israel. Sebagai catatan umum, termaktub didalam surat perjanjian penyerahan tanah tersebut kepada kerajaan Malaysia ialah hak PMRAM untuk menerima suatu ruang di (DMAK) sebagai pejabat pentadbiran yang dinafikan hingga ke saat ini.


Bukan sahaja PMRAM yang dimangsakan oleh kerajaan bahkan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) juga pernahkan diharamkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Umno .Pelbagai sekatan yang telah dikenakan terhadap pelajar Selangor yang menyertai PMRAM,zakat disekat dan dipolitikkan, malah kemuncak penganiayaan tersebut ialah segelintir pelajar dihalau serta dihalang untuk menghuni asrama Selangor.Peristiwa yang hampir sama berlaku terhadap Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) , hak penggunaan satu ruang di asrama Terengganu sebagai pejabat pentadbiran turut dinafikan.Terkini Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir(BKIMP) pula sedang diancam untuk dibubarkan oleh pihak tertentu.


Perjuangkan hak dan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir.

Sumber rujukan :-

http://pasayangislam.blogspot.com/